NILAI 16 Sept. – Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raof Husin menyuarakan rasa simpati terhadap nasib ribuan graduan pendidikan yang masih belum diberi penempatan sebagai guru sehingga kini. Beliau berkata, Kementerian Pendidikan seharusnya mengutamakan graduan pendidikan universiti awam yang semestinya mempunyai kualiti secukupnya untuk menjadi guru setelah menjalani pengajian selama empat tahun dan pelbagai latihan pedagogi. Sehubungan itu, menurut beliau, kerajaan perlu berusaha menyediakan perjawatan…










