Siew Keong masih Presiden Gerakan yang sah - Utusan Malaysia

Siew Keong masih Presiden Gerakan yang sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 21 Sept. – Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini menjelaskan beliau masih presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang sah sehingga pemilihan parti itu pada 17 Nov nanti.

Siew Keong berkata, memang beliau meletak jawatan pada Mei selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun Jawatankuasa Pusat (CC) parti tidak menerima peletakan jawatannya itu malah Timbalan Presiden parti, Dr Cheah Soon Hai juga tidak mahu memangku jawatan presiden.

“Beliau cakap kita bersama-sama, kita ‘caretaker’ (pentadbir sementara) sehingga pemilihan parti

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ‘caretaker’, masih presiden hingga pemilihan parti akan datang pada 17 November,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Gerakan Kedah 2018 di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan media yang melaporkan beliau membuat pengumuman secara rasmi peletakan jawatannya sebagai presiden Gerakan selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Sembilan di Seremban, 16 September lepas.
Siew Keong berkata, berlaku salah faham dan tafsiran berbeza dalam laporan media berkenaan dengan apa yang sebenar dimaksudkannya iaitu beliau tidak akan bertanding untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Beliau berkata, resolusi berkaitan menukar perlembagaan parti supaya semua anggota parti itu dari peringkat cawangan, bahagian, negeri dan kebangsaan boleh mengundi dalam pemilihan parti akan dibuat pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan, November nanti.

“Ini bagi memastikan peringkat akar umbi lebih dekat dengan kepimpinan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini