Sidang akhbar JPP PKR di Pulau Pinang kecoh, ahli baling kerusi - Utusan Malaysia

Sidang akhbar JPP PKR di Pulau Pinang kecoh, ahli baling kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Sidang akhbar Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR di Seberang Jaya di sini sebentar tadi bertukar kecoh apabila sebahagian ahli parti itu bertengkar dan membaling kerusi dipercayai ekoran tidak berpuas dengan sistem pengundian hari ini.

Terdahulu, Setiausaha JPP PKR, Ismail Yusop terpaksa menghentikan sidang akhbar apabila kira-kira lebih 30 ahli PKR yang hadir membuat bising dan melaungkan selogan bantahan.

Pada sidang akhbar itu, Ismail turut mengumumkan proses pengundian di Kedah dibatalkan dan proses pengundian semula akan dilakukan pada tarikh yang dimaklumkan kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ismail, keputusan tersebut terpaksa diambil selepas mengambil kira bantahan daripada ahli dan masalah lain yang timbul semasa proses pengundian pada hari ini. – K! ONLINE

Kerusi yang dibaling ketika kekecohan tersebut. - Foto media sosial
Kerusi yang dibaling ketika kekecohan tersebut. – Foto media sosial
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini