PUTRAJAYA 13 Sept. – Kementerian Pengangkutan memberi tempoh selama sebulan bermula hari ini kepada kira-kira 14,000 orang disyaki pemegang ‘lesen memandu terbang’ untuk menyerah kembali lesen berkenaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau berdepan tindakan undang-undang. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya mempunyai data mengenai pemegang-pemegang lesen memandu tersebut selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan satu sindiket pengeluaran lesen memandu tanpa prosedur sah baru-baru ini, melibatkan 12 pegawai…










