KEDUDUKAN geografi antara Malaysia dengan negara jiran, Thailand yang tidak jauh menjadikan hubungan kedua-dua negara ini sentiasa kukuh dan saling membantu sekiranya keadaan memerlukan. Sehubungan itu, tidak hairanlah jika Duta Thailand ke Malaysia, Narong Sasitorn menyifatkan negara ini sebagai ‘rumah keduanya’ dan tidak kekok untuk membiasakan diri dalam sosiologi kehidupan di Kuala Lumpur. “Antara sebab utama kenapa saya memilih Malaysia sebagai destinasi untuk berkhidmat adalah kerana ia dekat dengan Thailand…










