Seorang lelaki maut dalam nahas dua kenderaan - Utusan Malaysia

Seorang lelaki maut dalam nahas dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERIAN – Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di KM76, Jalan Kuching-Sri Aman di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 pagi itu, mangsa, Thomas Inggol Unggau, 42, disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang merupakan penumpang hadapan kereta jenis Proton Saga itu maut apabila mengalami kecederaan pada bahagian leher dan kakinya.

Menurutnya, pemandu serta seorang lagi penumpang kereta tersebut turut mengalami kecederaan, begitu juga dengan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki berusia 34 tahun hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Toyota Hilux.

“Kesan pertembungan di antara dua kenderaan terbabit telah mengakibatkan kereta tersebut terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Alexson menambah, ketiga-tiga lelaki yang tersepit dalam kereta tersebut kemudiannya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Katanya, pasukan bomba kemudian bertindak memadam kebakaran yang melibatkan kereta berkenaan.

“Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN