ALOR SETAR – Seorang lagi suspek kes samun pelanggan dobi dan kedai runcit 24 jam di Sungai Petani Selasa lalu yang masih bebas dikenal pasti sebagai Muhammad Asmuhairyl Abas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, suspek yang berusia 20 tahun itu sedang diburu dan dipercayai masih berada di negeri ini. “Kita meminta suspek yang beralamat di Taman Bandar Baru PKNK, Sungai Petani…











