SIRIM berpendapat satu pusat pengumpulan madu kelulut perlu diwujudkan untuk mendapatkan bekalan daripada penternak-penternak berdaftar dan secara tidak langsung menjana pendapatan lumayan bagi penternak. Projek Pemerkasaan Industri Produk Hasilan Kelulut ini merupakan projek kerjasama antara SIRIM, Institut Genom Malaysia (MGI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Ia bertujuan untuk memperkenal penggunaan teknologi Internet Segalanya atau Internet Kebendaan (IoT) sebagai salah satu cara untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran madu kelulut. Menurut Jurutera Utama Pusat Perindustrian Inovasi Dalam Sensor, Penyelidikan Perindustrian SIRIM, Dr. Noraishah Shamsuddin, bagi tujuan itu, SIRIM menggunakan teknologi IoT dan rangkaian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya