KUALA LUMPUR 18 Sept.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu sebuah pejabat anak syarikat Felcra Berhad (Felcra) di Setapak di sini dengan merampas pelbagai dokumen berkaitan kewangan serta pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta kerana disyaki berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa. Menurut sumber, serbuan membabitkan 10 pegawai SPRM itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi turut dijalankan serentak ke sebuah pejabat anak syarikat terbabit di Kelantan serta 10…










