Sedih keadaan UMNO masa kini - Utusan Malaysia

Sedih keadaan UMNO masa kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA tidak tahu kepada siapa mahu dituju dan curahkan perasaan bimbang serta sedih dengan apa yang terjadi kepada UMNO sekarang.

Saya mengenali UMNO sejak umur 10 tahun.

Sekarang umur saya 71 tahun. Sejak dari kecil saya menderma ke dalam tabung UMNO tiga sen kadangkala lima sen seminggu daripada duit belanja sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba sudah seperti abang saya.

Kebetulan nama bapa pun sama, saya memanggil beliau abang hinggalah Allahyarham menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya tetap memanggilnya abang.

Kalaulah beliau masih hidup, UMNO mungkin tidak sebegini teruk. Adakah semua yang berlaku ini disebabkan generasi masa kini?

ADIK GHAFAR

Sg. Udang, Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini