BIARPUN banyak filem seram ditayangkan di layar perak pada masa ini, namun ada suatu kelainan yang dipaparkan bagi setiap karya sehinggakan naskhah sebegini mempunyai pengikut tersendiri. Begitulah juga dengan sebuah filem bergenre seram karya sutradara tersohor dari Indonesia, Timo Tjahjanto yang berjudul Sebelum Iblis Menjemput. Pasti membikin jantung berdegup kencang, itu kenyataan yang tidak mampu disangkal untuk membahaskan filem ini yang sudah ditayangkan di Indonesia sejak 9 Ogos lalu. Membariskan barisan pelakon yang hebat antaranya Chelsea Islan, Pevita Pearce, Samo Rafael, Karina Suwandi, Ruth Marini dan Ray Sahetapy, karya ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya