KUALA LUMPUR – UMNO perlu memikirkan usaha memperkukuhkan parti itu daripada berusaha menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH). Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu tidak perlu tergesa-gesa serta menagih simpati mana-mana pihak termasuk PH untuk menubuhkan kerajaan melalui ‘pintu belakang’. “Pemuda mahu anggota dan kepimpinan UMNO fokus kepada usaha memperkukuh UMNO daripada memikirkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan PH. “Kita jangan menjual maruah hanya untuk…










