Saya amat bersyukur Pas, UMNO akhirnya bekerjasama -Ahmad Maslan  - Utusan Malaysia

Saya amat bersyukur Pas, UMNO akhirnya bekerjasama -Ahmad Maslan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Hasrat untuk melihat UMNO dan Pas berbaik, duduk bersama-sama dan bekerjasama adalah suatu impian yang menjadi realiti buat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, keinginan beliau untuk melihat kedua-dua parti yang mewakili umat Islam dan orang Melayu tidak berbalah sejak dari bangku sekolah menengah lagi.

“Saya minat politik ini sejak sekolah menengah pada ketika itu dalam kepala saya sudah terfikir alangkah baiknya Pas dan UMNO ini tidak berbalah. Lama hasrat ini akhirnya Presiden UMNO boleh duduk bersama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya amat bersyukur, syukur alhamdullilah perkara ini berlaku. Saya amat gembira, Tidak kiralah apa orang cakap. saya amat gembira perkara ini,” kata Ahmad dalam program Sembang Online di Utusan Online sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018.

Jelas Ahmad, kehadiran kepimpinan Pas dan UMNO dalam persidangan agung kedua-dua parti itu yang saling berbalas kunjungan diibarat sebagai ‘cahaya dihujung terowong’ bagi parti Melayu dan Islam yang saling ‘bermusuh’ sebelum ini.

Menurut Ahmad, kekalahan BN dan UMNO pada Pilihan Raya Umum yang lalu sebenarnya membuka pintu hikmah kepada Pas dan UMNO untuk menjalinkan kerjasama yang selama ini tidak pernah dibayangkan oleh sesiapapun.

“40 tahun bergaduh, tidak ada faedah. Dua imam, kafir mengkafir. Kenduri kendara tidak pergi. Cerai-berai suami isteri. Akhirnya boleh duduk satu meja. Syukur, syukur. Ini semua kerja Allah. 

“Musuh-musuh kita kata kosmetik. Biarlah. Dua parti Islam bersatu, alhamdullilah. Orang cakap ada cahaya di hujung terowong,” kata Ahmad.

Ahmad berkata, kerjasama BN dan Pas bakal memberikan kelebihan bersuara kepada pembangkang di Dewan Rakyat yang mempunyai gabungan 71 kerusi.-UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini