SEJAK sekian lama, peranan sastera terus relevan sebagai wadah bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat. Bagi mengekalkan semangat itu dalam diri setiap rakyat, tema patriotisme mesti sentiasa diketengahkan dalam karya-karya sastera pada setiap suasana dan zaman kerana ia memain peranan penting untuk kemajuan dan keamanan negara. Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan berkata, patriotisme tidak hanya terhad kepada perjuangan menuntut kemerdekaan atau melawan penjajah sahaja. Pengertian patriotisme merangkumi…










