NAMPAKNYA akhir-akhir ini cara kita memahami agama kita sebagai Al-Din tidak seimbang sama sekali. Program televisyen, radio dan tulisan-tulisan mengenai agama kebanyakannya hanya menekankan tentang ritual, ibadat khusus, doa, zikir, wirid dan sebagainya. Kalau kita pergi ke kedai-kedai buku maka buku yang dinamakan sebagai buku agama juga membicarakan tentang hal yang sama, merangkumi bekalan untuk akhirat semata-mata, tidak banyak menyentuh tentang kehidupan kita sebagai orang berilmu, berpengetahuan dan mempunyai pandangan…










