Sarawak sambut Hari Malaysia secara tertutup - Utusan Malaysia

Sarawak sambut Hari Malaysia secara tertutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak akan meraikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini secara tertutup di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Pelancongan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan peringkat negeri itu akan hanya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negeri dalam satu jamuan malam.

“Selain itu, kementerian juga turut menjemput ketua pelajar universiti, sekolah menengah dan rendah bagi memberikan peluang kepada mereka menghayati perjuangan serta pembentukan Malaysia pada hari ini,” katanya pada sidang akhbar berkenaan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri di Bangunan DUN hari ini.  

Katanya, kira-kira 500 tetamu dijangka hadir pada sambutan itu yang akan diturut disertai Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang.

Majlis akan dimeriahkan dengan persembahan sketsa dan bacaan puisi tentang pembentukan Malaysia serta persembahan kebudayaan, katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN