GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian pemandu kereta bertindak samseng dengan menendang cermin sisi sebuah kenderaan dan merampas telefon bimbit penumpang hadapan berhampiran pusat membeli belah Queensbay dekat sini. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A Anbalagan berkata, lelaki berusia 30 tahun dan bekerja sebagai operator kilang di Bayan Lepas itu ditahan di Teluk Kumbar, dekat sini pada 12.15 tengah hari ini. “Dalam kejadian…










