BEBERAPA minggu lalu rakyat dikejutkan dengan cili import yang tercemar (beracun). Tapi tidak ada laporan ada pengguna yang maut atau dimasukkan ke hospital kerana keracunan. Terbaharu, rakyat sekali lagi digemparkan dengan arak beracun. Akibatnya ramai yang maut dan kritikal. Khabarnya arak yang diminum mangsa, satu jenama yang diimport, dua lagi dibotolkan dalam negara. Tidak dapat dipastikan jenama mana satu yang mengandungi racun, arak yang diimport atau yang dibotolkan dalam negara.…










