Saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dagangan awal - Utusan Malaysia

Saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dagangan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Saham di Bursa Malaysia berada dalam momentum positif pada awal dagangan hari ini, seiring dengan kenaikan semalaman di kebanyakan pasaran Asia, didorong keyakinan terhadap kemungkinan hasil rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang melegakan.

Pada pukul 9.17 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.37 mata kepada 1,811.07 daripada 1,803.70 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 7.98 mata lebih tingggi hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 231 berbanding 80, manakala 190 kaunter tidak berubah, 1,392 kaunter tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 154.12 juta unit bernilai RM115.96 juta.

Kenanga Research berkata, unjuran teknikal bagi FBM KLCI kekal positif, dengan indeks itu bergerak di atas Purata Pergerakan Mudah (SMA) 100-hari dan paras sokongan segera pada 1,788.

“Walaupun beberapa kelemahan dilihat dalam petunjuk utama, kami yakin prospek teknikal positif jangka panjang akan kekal tidak terjejas sehingga melepasi paras sokongan 1,788, dengan 1,765 pula sebagai paras sokongan lebih rendah seterusnya.

“Jika sebaliknya, kami menjangkakan indeks itu menjadikan kedudukan lebih tingginya ke arah paras rintangan 1,827 dan seterusnya 1,865,” menurut firma penyelidikan itu dalam satu nota.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM9.82, Public Bank naik empat sen kepada RM25.06 dan Tenaga menokok 12 sen kepada RM15.88.

MYEG muncul sebagai saham paling aktif diniagakan dengan sahamnya meningkat lima sen kepada RM1.81, Sapura Energy tidak berubah pada 44 sen dan Lion Industries bertambah empat sen kepada 96 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 54.56 mata kepada 12,619.14, Indeks FBMT 100 naik 54.53 mata kepada 12,434.91 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 56.58 mata kepada 12,759.87.

Indeks FBM Ace bertambah 11.46 mata kepada 5,205.61 dan FBM 70 melonjak 80.2 mata kepada 14,893.4.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 51.85 mata kepada 17,957.75, Indek Perusahaan bertambah 15.33 mata kepada 3,229.81 dan Indeks Perladangan menokok 13.95 mata kepada 7,583.31. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini