Sabah ke separuh akhir selepas 11 tahun - Utusan Malaysia

Sabah ke separuh akhir selepas 11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 29 Sept. – Kemenangan 1-0 ke atas Kelantan sudah cukup buat Sabah menamatkan penantian 11 tahun untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia menerusi agregat 2-2 dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Kejayaan tersebut juga menyaksikan Sabah yang dibimbing Jelius Ating menjadi wakil tunggal pasukan Liga Perdana bersaing hingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Likas itu menyaksikan jaringan Rodoliub Paunovic pada minit ke-31 sudah cukup menokhtahkan perjalanan skuad The Red Warriors di kejohanan bola sepak tertua di Malaysia itu.

Lebih memburukkan keadaaan Kelantan terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Cristiano Marcolino Santos dilayangkan kad merah.

Pada saingan suku akhir pertama minggu lalu, Kelantan mencipta kemenangan tipis 2-1 ke atas skuad Sang Badak dalam di Stadium Sultan Muhammad IV.

Di pusingan separuh akhir nanti, Sabah akan berdepan sama ada PKNS FC atau Perak, di mana kedua-dua pasukan terbabit akan melengkapkan perlawanan pusingan suku akhir mereka, esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN