MOSCOW – Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan semalam bahawa pihaknya mendedahkan maklumat baharu bagi menyokong dakwaan bahawa peluru berpandu yang digunakan untuk menembak jatuh sebuah pesawat milik Malaysia Airlines di Ukraine pada 2014 ditembak oleh tentera Kiev. Pada satu sidang akhbar, kementerian itu berkata, pihaknya mendedahkan nombor siri peluru berpandu BUK itu buat kali pertama. Menurutnya, misil tersebut dibina dan dihantar ke Ukraine semasa era Kesatuan Soviet dan tidak dipulangkan ke…










