Rumah sembelihan Tegeta diserbu penduduk - Utusan Malaysia

Rumah sembelihan Tegeta diserbu penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUAH rumah tertutup yang menempatkan seramai 30 orang pekerja itu bukan sesuatu yang asing lagi buat penduduk Kunduchi di daerah Tegeta, Dar Es Salaam, Tanzania.

Rumah sembelihan Tegeta sudah beroperasi sejak 20 tahun lalu dan merupakan salah sebuah rumah penyembelihan yang utama di daerah tersebut.

Ia beroperasi sepanjang tahun tetapi menghadapi waktu paling sibuk pada Hari Raya Aidiladha.

Osman Ibrahim merupakan salah seorang penyembelih berpengalaman yang bekerja di rumah itu.

Dia telah bekerja selama 15 tahun. Selain menyembelih lembu korban, rumah itu turut menyembelih lembu dagangan sebelum dihantar ke restoran-restoran yang menawarkan hidangan daging.

“Rumah penyembelihan ini agak sibuk semasa Aidiladha. Pada musim perayaan ini, saya menyembelih 270 ekor lembu sehari,” katanya.

Menurut Osman, pegawai veterinar akan datang untuk memeriksa kesihatan lembu sebelum dan selepas proses penyembelihan dijalankan.

Ia bagi memastikan lembu-lembu yang dipilih mempunyai tahap kesihatan yang memenuhi piawaian kerajaan Tanzania.

Sambutan Aidiladha di Tanzania baru-baru ini menyempurnakan amanah rakyat Malaysia melalui EZ Qurban dalam melaksanakan ibadah tuntutan agama tersebut.

Sebanyak 50 ekor lembu disumbang dan diagihkan kepada penduduk daif di sekitar Tegeta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN