PUTRAJAYA – Kelibat isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum kelihatan setelah lebih lapan jam berada di dalam bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini. Rosmah hadir ke SPRM hari ini untuk memberi keterangan berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Setakat pukul 6.37 petang tadi, lebih 50 anggota media masih berada di luar lobi utama ibu…










