Rosmah Mansor disiasat SPRM selama 13 jam - Utusan Malaysia

Rosmah Mansor disiasat SPRM selama 13 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, memberi keterangan selama hampir 13 jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) di sini semalam berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri itu dan lebih 20 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Rosmah tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 9.50 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana selepas bertolak dari kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur. Kereta membawa Rosmah ke kompleks SPRM tidak diiringi polis pe­ngiring.

Bagaimanapun, ketibaan Rosmah di kompleks SPRM disambut wakil media dan kawalan ketat polis di bangunan tersebut.

Rosmah kelihatan tenang semasa melangkah masuk ke bangunan SPRM.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, tindakan me­manggil Rosmah adalah bagi membolehkan siasatan selanjutnya dilakukan berhubung lebih­ 20 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan dana RM2.6 bilion yang dima­sukkan ke dalam akaun suami­nya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini