Rombak segera UMNO - Utusan Malaysia

Rombak segera UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SEJAK kekalahan UMNO dan BN dalam PRU-14, banyak insiden dan kejutan berlaku dalam UMNO yang sebelum ini dikatakan parti Melayu terbesar dan disegani.

Kebanyakan insiden yang berlaku itu dilihat sebagai negatif dan memberi impak tidak baik kepada UMNO dan rakyat.

Kekalahan dalam PRU-14 itu juga adalah satu kejutan yang amat sangat sehinggakan seorang demi seorang pemimpin atau bekas pemimpin UMNO keluar parti. Ada yang keluar dan sertai Pakatan Harapan.

Malah selepas pilihan raya umum pun ada pemimpin yang lebih awal melepaskan jawatan dalam UMNO Bahagian dan sebagainya.

Banyak faktor mengapa perkara ini berlaku. Mungkin kecewa dengan kepemimpinan tertinggi parti, kecewa kerana kerjasama dengan Pas dan banyak lagi faktor lain yang boleh dikaitkan.

Apa pun tindakan segera perlulah dilakukan supaya ahli UMNO yakin dengan parti tersebut yang menjadi wadah perjuangan orang Melayu.

Berilah keyakinan kepada ahli akar umbi UMNO dengan membuktikan hala tuju parti supaya tindakan keluar parti itu tidak berlaku lagi. Jika perkara ini gagal dilakukan dan tindakan keluar parti gagal disekat, maka sudah pasti ahli akar umbi dan pemimpin UMNO sedia ada tidak akan yakin lagi dengan perjuangan UMNO.

Sehingga kini dilihat seolah-olah kepemimpinan UMNO masih tercari-cari hala tuju UMNO.

Tindakan awal Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan tertinggi parti walaupun langkah itu dianggap agak lewat, namun ia perlu diberi ‘tabik hormat’ kerana Najib dilihat mahu supaya UMNO berubah dan sebagai bukti beliau sayangkan UMNO.

Tindakan keluar parti juga perlu dilihat bahawa kepemimpinan yang ada sekarang haruslah berubah bukan sahaja dari segi tindakan, malah cara berfikir.

Jika kepemimpinan UMNO masih di takuk lama dan tidak mahu berubah, jalan terbaik adalah melepaskan jawatan serta serahkan kepada mereka yang sanggup memikulnya.

AHLI AKAR UMBI

Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN