RM15j peruntukan baik pulih bangunan, infrastruktur sukan di Muar - Utusan Malaysia

RM15j peruntukan baik pulih bangunan, infrastruktur sukan di Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 15 Sept. – Kementerian Belia dan Sukan memperuntukan kira-kira RM15 juta bagi membangunkan dan membaik pulih infrastruktur sukan di daerah ini.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beberapa pembangunan baharu yang dirancang di Muar meliputi kolam renang, kawasan sukan ekstrem serta tapak bagi aktiviti memanah.

“Projek-projek ini akan bermula selewat-lewatnya tahun depan tetapi ada beberapa kerja membaik pulih sudah mula dilakukan yang keseluruhan peruntukkan sebanyak RM15 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Stadium Muar dahulu misalnya kerap digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan termasuk oleh orang ramai tetapi kebelakangan ini prosider untuk menggunakannya agak panjang selain memerlukan beberapa penambahbaikan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata demikian selepas merasmikan Karnival Sukan Merdeka 2018 di Tanjung Ketapang di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini