Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit mengakhiri penurunannya selama tiga hari berturut-turut dengan dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dalam keadaan kenaikan harga minyak dunia, kata seorang peniaga. 

Pada pukul 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1380/1420 berbanding 4.1390/1430 yang dicatatkan pada pukul 6 petang semalam.  

Seorang peniaga berkata sentimen dalam pasaran adalah positif selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus, kenaikan ketiganya bagi tahun ini.

“Penggubal dasar merangka pelan untuk mengukuhkan dasar monetari dan menjangkakan ekonomi akan menikmati pertumbuhan sekurang-kurangnya tiga tahun lagi. Ini mencetuskan minat baharu dalam pasaran pertukaran asing,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain. 

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0308/0340 daripada 3.0320/0354 pada Rabu dan mengukuhkan berbanding euro kepada 4.8638/8689 daripada 4.8695/8747.

Ringgit bagaimanapun, susut berbanding yen Jepun kepada 3.6668/6707 daripada 3.6648/6699 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4518/4596 daripada 5.4486/4543. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN