KUALA LUMPUR 16 Sept. – Ringgit mempunyai ruang untuk mengatasi sasaran akhir tahun pada 4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tetapi dijangka tidak terlalu lemah. Menurut RHB Research Institute Sdn. Bhd., unjuran itu berdasarkan kedudukan Malaysia yang terus mencatatkan lebihan dalam akaun semasanya dalam imbangan pembayaran. Institut penyelidikan itu berpendapat walaupun dasar kawalan pertukaran asing yang memerlukan pengeksport menukar 75 peratus daripada perolehan kepada ringgit dilonggarkan, ia masih menyediakan aliran…











