KUALA TERENGGANU 4 Sept. – Beratus buah premis kediaman dan sekolah terjejas di daerah ini dan juga Kuala Nerus akibat ribut yang melanda petang semalam. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri, Che Adam Abd Rahman berkata, kebanyakannya melibatkan bumbung dan dinding terkopak manakala hampir 30 kes pokok tumbang, namun tiada kecederaan dilaporkan. Menurut beliau, sejurus selepas kejadian, tinjauan dibuat dan pihaknya bersama beberapa agensi lain terus melakukan operasi pembersihan kawasan bagi memudahkan pergerakan awam. “Pihak…










