Remaja Myanmar mengaku dera anak saudara - Utusan Malaysia

Remaja Myanmar mengaku dera anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Seorang pengemis warga Myanmar mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mendera dua anak saudaranya sehingga cedera, sejak awal tahun lalu.


Remaja perempuan berusia 19 tahun itu menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes hari ini selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan semula kepadanya di hadapan Hakim Mahyon Talib.


Mahkamah bagaimanapun menetapkan 1 November ini untuk menjatuhkan hukuman selepas fakta kes dikemukakan.

Memuatkan artikel berkaitan…


Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang sedang hamil didakwa melakukan penderaan kepada seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia sembilan dan lapan tahun sehingga menyebabkan kecederaan.


Ibu kepada dua cahaya mata itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah setinggan Kampung Chubadak Tambahan Sentul Pasar, Sentul, di sini antara pukul 9 pagi, Januari dan 12 tengah malam, 17 Julai lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini