Rapid KL lanjut operasi LRT di Bukit Jalil - Utusan Malaysia

Rapid KL lanjut operasi LRT di Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil sempena penganjuran Festival KL Sports City Sayangi Malaysiaku 2018 yang berlangsung selama dua hari di padang letak kereta A dan B, KL Sports City, Bukit Jalil bermula esok.

Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, lanjutan waktu operasi LRT hingga 12.30 tengah malam itu bagi memberi peluang kepada orang ramai yang ingin meraikan festival tersebut dan menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Malaysia.

“Pelbagai aktiviti menarik bakal disajikan kepada pengunjung antaranya pameran jualan, persembahan kesenian dan konsert artis tanah air.

“Pengunjung diminta menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan jalan raya dan masalah tempat letak kenderaan yang terhad di sekitar KL Sports City Bukit Jalil,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN