NEW YORK 26 Sept. – Raja Jordan, Raja Abdullah II merayu bantuan segera diberikan kepada pelarian Palestin bagi mengelakkan mereka terlibat dalam aktiviti radikal selepas Amerika Syarikat (AS) menghentikan semua pembiayaannya. Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, semalam, Raja Abdullah turut meminta proses damai Asia Barat dikembalikan selain menyuarakan kebimbangan tentang masalah kewangan dihadapi Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).…










