IPOH 19 Sept. – Kegagalan melakukan lompatan dengan sempurna hampir meragut peluang atlet Sabah, Andre Anuar dalam acara lompat kijang lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Stadium Perak, hari ini namun dia menamatkan persaingan dengan bukan sahaja memenangi emas tetapi turut meleburkan rekod kejohanan. Atlet berusia 19 tahun itu hampir gagal melepasi saringan selepas dua lompatannya dibatalkan namun tuah nyata berpihak kepada Andre apabila berjaya ke final menerusi percubaan seterusnya.…










