Rafizi tewaskan Azmin di Balik Pulau - Utusan Malaysia

Rafizi tewaskan Azmin di Balik Pulau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 22 Sept. – Kejutan berlaku di Balik Pulau apabila majoriti ahli – ahli cabang berkenaan memilih Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan hari ini.

Menurut keputusan yang diperolehi sebentar tadi, Rafizi meraih 596 undi berbanding 200 oleh yang diperolehi penyandang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, Nurul Izzah Anwar menerima undian tertinggi bagi jawatan Naib Presiden dengan 627 undi diikuti Datuk Johari Abdul sebanyak 286 undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Selayang, William Leong pula berada di tangga ketiga menerusi 272 undian diikuti S.Kesavan (227).

Sementara itu, Zuraida Kamaruddin yang dikaitkan sebagai ‘ orang kuat Azmin’ sekadar meraih 176 undi diiikuti Tian Chua sebanyak 167 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini