Rafizi mampu kalahkan Azmin - Utusan Malaysia

Rafizi mampu kalahkan Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH: PEMILIHAN PKR hujung minggu ini amat dinanti-nantikan bukan sahaja oleh ahli PKR tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana PKR kini merupakan parti kerajaan selain pemilihan kali ini dilihat panas ekoran pertembungan antara dua kem yang juga calon Timbalan Presiden iaitu Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ramai juga beranggapan keputusan pemilihan kali ini bakal memecahbelahkan PKR. Bagi mengulas perkara ini, wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI SAINUDDIN telah menghubungi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga orang lama PKR untuk mendapatkan pandangan beliau.

SLUG_ CALON PKR PRU14SELANGOR, 26 MAC 2018 - CALON PKR P109.
 

Utusan: Apa pandangan Datuk tentang pemilihan PKR kali ini?

Memuatkan artikel berkaitan…

Datuk: Pemilihan kali ini berbeza kerana PKR kini ialah parti kerajaan, dulu kita pembangkang. Pemilihan sebagai parti kerajaan memang berbeza kerana segala persiapan pemilihan asas sifatnya sebagai kerajaan, begitu juga dengan aura dan perjalanannya. Dulu masa zaman pembangkang kita nak membantah saja.

Bagaimana dengan tindakan kem Rafizi yang dilihat agresif hingga mencetuskan bantahan beberapa pihak?

Mana ada bantahan, kita berkempen secara sihat. Kita berkempen untuk ahli dan apa sahaja lontaran pandangan itu adalah pandangan daripada ahli. Kita berdialog, berdebat dan berucap. Jadi tidak ada isu, kerana kita tidak melakukan serangan peribadi atau sebagainya.

Ramai yang beranggapan pe­milihan PKR kali ini bakal memecahkan parti. Apa panda­ngan Datuk?

Mana ada pecah sebab Pre­siden kita tetap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden dah menang tanpa bertanding jadi mana mungkin ada perpecahan. Dakwaan yang menyatakan akan berlaku perpecahan hanyalah cakap-cakap politik dan pandangan persepsi sahaja. Kita dalam PKR bagaikan satu keluarga macam adik-beradik, kita hanya nak tukar pemimpin dan memilih yang terbaik dalam kalangan terbaik.

Selangor dilihat sebagai kubu kuat Mohamed Azmin, mampukah Rafizi mencabar­nya?

Insya-Allah, perkara ini (Rafizi tewaskan Mohamed Azmin) tidak ada masalah sebab ahli-ahli PKR kini sudah matang. Kita nak kawal 300,000, 400,000 ahli dalam satu negeri bukan mudah, jadi untuk me­ngatakan sesuatu kem itu kuat adalah tidak tepat. Bagi saya kedua-dua kem sama kuat.

Apa harapan dan nasihat Datuk kepada perwakilan sempena pemilihan pada hujung minggu ini?

Pilihlah pemimpin yang terbaik dan letakkan parti sebagai asas utama untuk memastikan PKR dilihat sebagai parti dominan yang terbukti kuat dan betul-betul mendapat sokongan penuh daripada ahli. Pilihlah dengan cara yang matang supaya PKR menjadi matang dan terbaik di negara ini demi masa depan agama, bangsa serta negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini