KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada pusat-pusat tahfiz yang beroperasi di sekitar ibu negara untuk mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata langkah mewajibkan semua pusat tahfiz didaftarkan adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz berada dalam keadaan baik. “Laporan sesetengah media yang pusat-pusat tahfiz di Kuala Lumpur tidak berdaftar…










