SHAH ALAM 18 Sept. – Projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash) dan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (Suke) dijangka siap pada 2020. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas), Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, kedua-dua lebuh raya itu kini berjalan mengikut jadual dan 30 peratus siap. “Setakat ini tiada halangan untuk syarikat kami menyiapkannya,” katanya ketika ditemui dalam program Duathlon Lebuh Raya Koridor…










