PROJEK kereta nasional ketiga yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah satu idea terbaik untuk menyemarakkan semangat juang para jurutera di negara ini khususnya pereka automatif. Projek ini juga selaras dengan keperluan yang dinyatakan dalam Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) Ia sebenarnya adalah satu jawapan kepada keperluan RI 4.0. Malaysia memerlukan jurutera profesional dan juruteknik mahir dalam bidang pembuatan termaju, pembuatan penambahan, analisa data besar, industrial internet of things (IIoT) serta beberapa bidang kluster penting bagi menjayakan RI 4.0. Umum mengetahui, Malaysia terlibat dalam industri automotif lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya