PUTRAJAYA 4 Sept. – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Program Podium, Tim Newenham minggu depan bagi mendapatkan penjelasan mengenai prestasi buruk atlet podium dalam Sukan Asia 2018 dan kegagalan Malaysia menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik. Selain gagal dalam Sukan Asia, kontinjen negara juga terkeluar daripada kelompok 10 terbaik pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, April lalu. “KBS (Kementerian Belia dan Sukan) akan memanggilnya untuk memberi penjelasan. “ISN (Institut Sukan Negara) dan MSN (Majlis Sukan Negara) juga akan duduk bersama.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya