SEJAK berakhirnya Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia pada 2 September lalu, isu mengenai Program Podium di bawah seliaan Institut Sukan Negara (ISN) menjadi cerita yang begitu hangat diperkata dan diperdebatkan. Baik pengkritik, pemerhati, pegawai, jurulatih mahupun atlet, cerita tentang Program Podium turut menular dalam kalangan peminat tegar sukan tanah air. Masing-masing sibuk bercakap tentang program yang telah menelan belanja puluhan juta ringgit itu. Namun, hakikatnya hasil yang diharapkan menerusi…










