Program Pembangunan Bola Sepak Negara diteruskan - Utusan Malaysia

Program Pembangunan Bola Sepak Negara diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan kedudukan Lim Teong Kim selaku Pengarah Akademi Bola Sepak Negara di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) tidak akan terjejas.

Syed Saddiq yang mengakui turut mengidam Malaysia layak beraksi dalam Piala Dunia dan beliau berasa turut bertanggungjawab selepas kegagalan skuad negara melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja Bawah 17 tahun di Peru, tahun depan.

“Saya tidak memecat Lim Teong Kim dan NFDP akan diteruskan. Selepas sahaja perlawanan tersebut, pihak FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) telah memecat Teong Kim sebagai jurulatih Skuad Bawah 16 Tahun Kebangsaan.

“Ini tiada kaitan dengan NFDP dan beliau masih merupakan Pengarah Akademi Bola Sepak Negara yang sah di bawah NFDP sehingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, katanya, beliau tidak boleh lari daripada realiti bahawa NFDP menghadapi situasi kewangan yang sangat teruk pada waktu ini. – Bernama
 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN