SHAH ALAM 4 Sept. – Peratusan pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia adalah sebanyak 77 peratus sehingga waktu pengundian ditutup iaitu pukul 5 petang tadi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan itu adalah membabitkan seramai 2,770 pengundi awal meliputi 2,597 anggota tentera serta pasangan dan 173 anggota polis. Bagi anggota tentera serta pasangannya mengundi di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara Subang manakala bagi…










