KUALA LUMPUR 23 Sept. – UMNO berkemungkinan tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bulan depan. Sehingga ke hari ini, UMNO masih berteka-teki dan berdiam diri mengenai pendirian parti sama ada mahu mempertaruhkan calon menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Port Dickson. Sumber memberitahu, perkara itu ada dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini, namun masih belum ada keputusan. Walau bagaimanapun, menurut sumber, ada petanda…










