PRK PD: Laluan Anwar tidak mudah - Utusan Malaysia

PRK PD: Laluan Anwar tidak mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

kuala lumpur 25 sept. – WALAUPUN tanpa Barisan Nasional (BN) dan kemungkinan besar Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, tidak bermakna laluan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menang adalah mudah.

Sudah ada cakap-cakap ko­non­nya calon Bebas yang berwibawa bakal diketengahkan sebagai proksi bagi menentang Anwar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Memanglah sukar untuk kata calon itu mampu menyekat ke­menangan Anwar tetapi se­ku­rang-kurangnya memberi ca­ba­ran kepada Ketua Umum PKR itu.

Mengambil kira senario po­litik semasa, tidak mustahil per­kara tersebut berlaku. Le­bih-lebih lagi dalam kehangatan pemilihan PKR yang sedang berjalan di seluruh negara ketika ini.

Spekulasi-spekulasi juga sudah mula bertebaran di peringkat akar umbi, kononnya akan berlaku sabotaj terhadap Anwar dalam PRK tersebut.

Salah satunya kerana rasa tidak senang kumpulan tertentu dalam PKR sendiri terhadap keputusan mengosongkan kerusi Parlimen itu tanpa perbincangan dengan kepemimpinan demi merealisasikan impian Anwar menjadi Perdana Menteri.

Kesempatan itu sudah tentunya akan diambil oleh pihak berkepentingan yang kurang senang dengan pengaruh Anwar untuk cuba menggagalkan mi­sinya ke Putrajaya.

Anwar pasti sedar mengenai perkara ini, sebab itu apabila diajukan soalan mengenai keputusan BN memboikot PRK tersebut, beliau mengalu-alukannya tetapi menegaskan masih perlu bekerja keras untuk berdepan dengan calon Bebas.

Peluang Anwar menang PRK Parlimen Port Dickson sememangnya cerah, tidak boleh di­nafikan, tetapi laluan beliau pastinya tidak mudah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini