Polis siasat kedua-dua belah pihak - Utusan Malaysia

Polis siasat kedua-dua belah pihak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Polis akan menjalankan siasatan secara telus berhubung insiden kekecohan perhimpunan Majlis Pengebumian Institusi Peguam Negara di hadapan sebuah kompleks beli-belah di sini pada 7 September lalu.

 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya akan menyiasat kedua-dua pihak iaitu polis dan peserta dalam insiden berkenaan.

Tambah beliau, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah ada menghalang peserta bergerak dari kawasan berkenaan untuk memastikan tidak berlakunya hura-hara atau mengugat keamanan.

“Sehubungan itu kita akan siasat dibawah Seksyen 186 iaitu menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

“Polis juga akan menyiasat penganjur dan peserta perhimpunan tersebut dibawah
Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pemantau Malaysia Baharu (Pemantau), Datuk Lokman Noor Adam semalam yang akan mengemukakan saman terhadap Shaharudin susulan insiden kekecohan perhimpunan tersebut.

Pada 7 September lalu, perhimpunan yang dinamakan ‘Majlis Pengebumian Institusi Peguam Negara’ di hadapan Kompleks Sogo di sini yang dianjurkan Pemantau bertukar kecoh selepas cubaan untuk berarak ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dihalang polis termasuk oleh Shaharudin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN