Polis nafi kes bunuh sekeluarga di Simpang Renggam - Utusan Malaysia

Polis nafi kes bunuh sekeluarga di Simpang Renggam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG 18 Sept. – Polis menafikan terdapat kes sebuah keluarga dibunuh seperti yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di Kampung Shaari, Simpang Renggam dekat sini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, dakwaan yang dibuat seorang lelaki melalui rakaman suara yang ditular ke aplikasi Whatsapp itu adalah tidak benar sama sekali.

“Melalui rakaman suara terbabit, kononnya satu keluarga Melayu telah disamun dan dibunuh lelaki berbangsa India di kampung terbabit.

“Namun, hasil pemeriksaan polis mendapati tiada kes pembunuhan seperti didakwa. Perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu boleh mengganggu ketenteraman dan mendatangkan ketakutan kepada orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Melalui rakaman suara berdurasi 50 saat itu, lelaki terbabit menasihatkan orang ramai agar berhati-hati kerana berlaku kejadian bunuh satu keluarga yang dirompak di kampung berkenaan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN