PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB), New York – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern melakar sejarah kerana membawa ‘bayi pertama’ iaitu anak perempuannya, Neve memasuki Dewan Perhimpunan Agung PBB. Gambar Ardern, 38, mencium dan memegang bayinya yang berumur tiga bulan di dewan utama itu semasa Sidang Kemuncak Keamanan Nelson Mandela menjelang Perhimpunan Agung menjadi tular di internet. Jurucakap PBB, Stephane Dujarric mengesahkan perkara itu kelmarin. Belia berkata, ini kali pertama dalam sejarah…










