PKR Selangor bersedia hadapi semua kemungkinan - Utusan Malaysia

PKR Selangor bersedia hadapi semua kemungkinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Sept. – PKR Selangor ‘terpaksa’ bersedia dengan sebarang keputusan kepimpinan tertinggi parti mengenai kerusi Parlimen yang akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada Presidennya, Datuk Seri Anwar untuk bertanding.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pihaknya tidak mempunyai pilihan lain sekiranya kepimpinan parti telah membuat keputusan.

“Kita bagaimanapun masih belum menerima sebarang keputusan rasmi daripada kepimpinan tertinggi parti mengenai kerusi Parlimen yang terlibat.

“Mungkin perbincangan strategik telah dilakukan dan terpulang kepada kepimpinan tertinggi untuk membuat sebarang keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis tayangan amal filem Munafik 2 anjuran Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Selangor di pusat membeli-belah Melawati di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Skop Production Sdn. Bhd., Datuk Yusof Haslam; pengarah Munafik 2, Syamsul Yusof dan barisan pelakon filem tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN