PKR Johor pilih pemimpin pusat, cabang hari ini - Utusan Malaysia

PKR Johor pilih pemimpin pusat, cabang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Proses pemilihan PKR di Johor yang menyaksikan seramai 38,684 anggota parti disahkan layak mengundi berlangsung hari ini bagi memilih kepimpinan di peringkat pusat dan cabang di negeri ini.

Ia melibatkan 24 cabang tempat mengundi bermula 10 pagi iaitu cabang Segamat, Sekijang, Labis, Pagoh, Ledang, Bakri, Muar, Parit Sulong, Ayer Hitam, Sri Gading, Batu Pahat, Simpang Renggam, Kluang, Sembrong, Tenggara, Kota Tinggi, Pengerang, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Bahru, Pulai, Gelang Patah, Kulai dan Pontian.

Proses menggunakan sistem undian secara digital, e-voting itu akan berlangsung sehingga 5 petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada pemilihan kali ini, seramai 53 calon akan merebut jawatan ketua cabang manakala 163 calon menawarkan diri untuk jawatan timbalan ketua cabang, naib ketua cabang dan anggota jawatankuasa cabang.

Antara pertandingan yang menjadi perhatian ialah Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir yang bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat menentang Dr. Afif Bahardin dan Najwan Halimi. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini