PERUNCIT barangan sukan terkemuka, Sport Direct MST Sdn. Bhd., (Sport Direct) telah membuka cawangan terbaharu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Cawangan ke-29 itu merupakan outlet terbesar Sport Direct di negara ini dengan keluasan mencecah 12,801 meter persegi. Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu cawangan sukan dengan keluasan 8,534 meter persegi dan pusat membeli peralatan sukan golf iaitu MST golf 4,267 meter persegi. Pengarah Urusannya, Paul Gibbons berkata, pihaknya berasa…










